Pengikut

Sabtu, 8 September 2012

cintaku seperti bougainville

bismillahirrahmanirrahim

sering saja pergaduhan mengisi tempat di antara kita. mengapa?
bukannya tidak ada cinta di hati ini.. bukan tidak ada sayang
sering kali lewat cemburu melintasi hati..
cemburu akan mereka disekelilingmu
cemburu mereka yang disekelilingku sedang bahagia
memandang aku dengan penuh tanda tanya..





atas silap yang lain


Sabtu, 23 Jun 2012

benteng

Bismillahirrahmanirrahim.




Akhirnya "benteng" ini runtuh juga.
andainya hari hari ditimpa badai dan ombak
tak siapa mampu bertahan dengan kuat.
diri ini juga tidak mampu


biarkan kali ini titisan jernih ini gugur.
sesuatu yang mahal kini menjadi tiada harga


kerna empangan ini sudah pecah
ya hanya kali ini.


biarlah ia gugur semahunya. biarkan ia ingkar buat kali ini sahaja.
agar kali seterusnya ia akan kekal teguh.


hati ni akan kembali pulih esok.
hari ini luka ini masih merah, esok ia akan menjadi sejarah






aku masih begini.
sama sewaktu kecilnya
masih berteman dengan tangisan
bertemankan bantal dibawah selimut

menangis sendiri bila mana malam sudi menjadi teman

Ahad, 10 Jun 2012

"kawan"

Bismillahirrahmanirrahim

rindunya nak menconteng-conteng. senyum sampai ke pipi,,,, aduhh!

(ini edisi khas.."kawan")

orang y sepatutnya pergi akan pergi
seandainya dihalang macam mana sekalipun dia tetap akan pergi
orang yang akan datang akan tetap datang
walau dihalang kerana telah ditkdirkan dia akan datang


inilah yang di panggil jodoh. 
jodoh kepada pertemuan.

ia adalah salah satu rahsia Allah.
perancangan Allah itu rapi. tak perlu kita untuk mempersoalkan.






*xsangka bertemu "kawan" lama. tak susah nak "match" muka lama ngan muka baru.*
    - gembira n__n   -

Rabu, 23 Mei 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Ketemu lagi. Saya dan ruang tulisan.



Ya banyak idea. tapi sukar kalau nak ekspresikan dalam bentuk perkataan. Perasaan itu menjadi lain apabila dalam bentuk perkataan. Seandainya ia dibaca...
Ya, seandainya sahaja ia dibaca... mungkin perasaan yang ada tidak sampai ke hati yang membaca (kebenaran---> saya kurang pandai dalam penulisan)


Bukan itu saya ingin berbicara
Intronya panjang (senyum sipu)

Teringat zaman kecil. teringat kawan2.
tapi lupa nama. Ya. saya memang pelupa. tapi mungkin juga sesiapa saja akan lupa.




Teringat "kanak2" itu. Kanak2 yang wajahnya dalam ingatan itu.
udara yang kita sedut itu sama
Kita berkongsi langit yang sama
Moga bila kau pandang langit, ku pandang juga langit yang sama
Andai angin bisa bawa bahasa, ku harap ia singgah untuk berbisik disisi telingamu
"bahasa hati" 
*rakan zaman kecil, warkah ingatan buatmu*
   - komik dah hilang, tp sampai sekarang ku ingat kartun anak-anak sidek-

Ahad, 20 Mei 2012

TUNAS

Bismillahirrahmanirrahim




Suara seorang ibu mampu menenangkan jiwa anaknya. Baru lepas bercakap dengan emak di telefon.


" eh.. suara dah segar bugar"


Mak tahu tahu saja anak dia dah makin sehat.  Senyum!
Doa ibu.  Berkat ihktiar.  Saya makin sehat.  Senyum!




Bila masing-masing dah besar .. semua sibuk dengan hal sendiri.


Eh tiba tiba ada yang kawen dah. Cepatnya masa meninggalkan kita. Saya. Kami.
Dulu rendang-rendang je abang-abang. Kakak. Sekarang dah tinggi macam galah sorang-sorang
Dulu main kejar-kejar keliling rumah. Masuk rumah kena rotan. Nakal! Sekarang nak nampak muka tunggu cuti.


Bahasa kita. Kami .. mungkin kasar bila dengar. Tapi itu yang merapatkan kita.
Biarlah.. kamu tiada dalam alam kami. Senyum lagi!
Kami- kami saja tahu.



Kubungkus kenangan


Simpannya agar ia bertunas


Lantas tumbuh pucuk.. rupanya hijau


Tajam daun bisa mencederakan


Rupanya bukan daun itu yang tajam


tapi hati ini sangat kembang dengan kasih sayang


terguris sedikit... bertitik darahnya gugur










*comel kan cik aun aun*

Sabtu, 19 Mei 2012

Bismillahirrahmanirrahim


Sejak ditimpa sakit.. Baru terasa nikmatnya sihat.


"REMAJA. Dua perkara yang melalaikannya."


Nikmat sihat. Masa yang lapang.






sakit. kifarah dosa-dosa.


yer.


sakit bukan musibah.
sakit cara Allah mendekatkan kita kembali padaNya.




Allah. Alhamdulilllah.
Apabila hambamu lupa engkau sentiasa mengingatkan.






Moga pengahkiran sakitk adalah kesembuhan.
Nikmatnya.

Jumaat, 18 Mei 2012

menjadi berseni atau hati seni

Bismillahirahmanirrahim


Kadang-kadang kelebihan seseorang ada tapi tidak diperasankan


keinginan


kebosanan


diekpresikan dalam sekeping kertas putih


"kertas berdebu"... itu kata saudaraku




ya.. pandangan kita berbeza. saya tidak akan marah 
jika kita sama kita adalah klon










jangan pernah membandingkan berbakat seni dengan hati berseni

hasilnya berbeza

mereka berbakat ....  itu pasti


hati

seni

itu diriku

hanya kepuasan diri


*carilahkelebihanmukeranasemuaorangpunyakelebihan*

itu kurniaan-NYA

Khamis, 17 Mei 2012

hati yang ber"perisa"

Berbeza


teman



masa

kecuali



tempat yang sama







ye "perisa" nya berbeza.. sekarang dan kenangan








rasa rindu itu


akan




tidak ia adalah 


pasti


ada..


















~ dua tahun yang berlalu,, terasa dua hari.. 


 juga dua dekad




:duh:
*dilambung perasaan*

Rabu, 16 Mei 2012

" teringin"

terasa berhabuk blog ni lama tak sentuh.
nak masuk menjadi satu masalah sebab lupa email~ lupa kata laluan~ errkkk !
(lebih 30 minit terbazir masa~di situ)

beberapa malam y lepas terdengar satu ceramah di radio
teringat kata2 ustaz tersebut

~hanya orang y "bahagia" di dunia akan "bahagia" di akirat~

digambarkan "hati" ini dengan keadaan

  

 sekiranya tangan yang biasa menadah air limau nipis yang dicurahkan
   pasti tiada apa-apa
   seandainya air limau nipis itu ditadah oleh tangan yang luka pasti terasa
   pedih

  air limau nipis adalah ujian hidup
  dan tangan itu adalah hati
  hati yang bahagia seandai ditimpa kesusahan dan ujian, tidak akan terasa apa
  hati yang tidah bahagia ibarat tangan yang luka dicurah air limau.. akan terasa peritnya





ingin bahagia hati, bersyukurlah
untuk bersyukur
pandang lah mereka yang dibawah kita
meraka yang keadaannya lagi kurang dari kita
bukan mereka yang diatas..
jika tidak pasti kamu tidak akan pernah menemui rasa syukur itu













*sekadarperingatanuntukdirisendiri*